Wednesday, October 5, 2011

Pengenalan Matematik

Secara umumnya, matematik boleh dibahagikan kepada kajian kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan (i.e.aritmetik,algebra,geometri,dan analisis). Terdapat juga subbahagian yang dikhususkan untuk penerokaan hubungan dari dasar matematik kepada bidang-bidang yang lain; contohnya logik matematik, teori set (asas), matematik empirikal untuk pelbagai sains (matematik gunaan), dan yang terbaru untuk kajian teliti tentang ketidakpastian.


Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian -
Unit 4 - Darab

Tuesday, October 4, 2011

Murid ku Sayang

Masih jelas di ruang mata...
saat pertama kau ku sapa,
saat pertama bertentang mata,
walau bermusim ianya berlalu pergi,
keindahan detik itu masih mekar
di sanubari,

Muridku...
lihatlah sekeliling mu,
inilah dunia mu,
inilah pentas permainan mu,
jangan gentar jangan gerun,
bangunlah kau berlari gagah,
usah mengundur usah mengalah,

Muridku...
engkaulah anak merdeka,
engkaulah anak Malaysia,
dunia kini kian berubah,
Measat, KLCC, MSC jua ICT,
menjadi satu wadah perjuangan,
semua ini milik mu jua,
tawanlah segala ilmu yang ada,
biar dunia mengenali siapa diri mu,

Wahai muridku...
Usah kau meninggi diri,
atau sombong dan saling membenci,
ingatlah pada Tuhan Mu,
taatlah pada ibubapa mu,
setialah pada pertiwi mu,
bulatkan segala tekad mu,
dan berpeganglah pada janji janji mu,
sesungguhnya muridku...
dunia ini adalah milik mu,
janganlah dipersiakan segalanya,
janganlah dibazir peluang yang ada,
ingatlah... ingatlah... ingatlah...



Label: Nasihat seorang Guru yang Kerdil.....